Taklimat Klik Dengan Bijak Sempena Pesta Buku

29 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Taklimat Klik Dengan Bijak Sempena Pesta Buku. Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan seramai 15 orang peserta yang hadir dalam menjayakan program. Beberapa NADI sekitar juga turut membantu dalam menjalinkan usahasama dengan Agensi terlibat seperti Perpustakaan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali